Untuk perkongsian resepi kali ini, Admin rasa sangat berguna. Sebab apa? Siapa sangka, anda boleh menggunakan 1 resepi sahaja, tapi boleh hasilkan pelbagai hidangan. Contohnya, Donut, Burger Malaysia, Cakoi, Roti Puri dan macam-macam lagi.
Bahan pun mudah nak dicari. Jom cuba sekarang!
Terima kasih Aisah Talib untuk perkongsian resipi ini 🙂
Bahan-bahan:
1/2 kg tepung gandum
3 sudu besar marjerin
1/2 peket yeast
1 sudu besar gula
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh garam
Air secukupnya
Cara penyediaan:
- Campur yeast, gula, susu pekat dengan setengah cawan air suam. Kemudian biarkan naik kembang.
- Tepung gandum dicampur dengan marjerin, baking powder, dan garam. Gaul seperti serbuk roti. Apabila sudah sebati, baru gaul dengan yeast yang telah kembang. Uli dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh.
- Simpan dalam bekas yang bertutup selama 1 jam atau hingga kembang. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin.
- Selepas itu, bentuklah kepada apa hidangan yang hendak dibuat.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Aisah Talib (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos