Daging masak hitam selalunya akan digandingkan dengan nasi minyak dan menjadi hidangan utama untuk majlis kenduri. Hidangan ini penuh rasa rempah ratus dan cukup enak sehingga menjilat jari. Cara memasaknya pun mudah walaupun memerlukan banyak bahan.
Jom cuba resipi perkongsian Ida Zaida.
Bahan kisar :
4 labu Bawang besar
3 inci Halia
4 ulas Bawang putih
20 biji Cili kering
2 btg Serai
1 sudu kecil Jintan manis
1 sudu kecil Jintan putih
Bahan :
1 kg Daging – hiris nipis – rebus dahulu
3 ulas Bawang merah – hiris
2 tangkai Daun kari
2 ulas Bawang putih – hiris
3 kuntum Bunga lawang
2 inci Kulit kayu manis
2 biji Buah pelaga
1/2 cawan Kicap pekat + Kicap kipas udang
Air asam jawa secukupnya
1 sudu kecil Serbuk kari daging
1 sudu Kerisik
Cara :
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dihiris. Masukkan bersama daun kari, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kayu manis. Tumis sehingga naik bau wangi.
- Kemudian masukkan bahan kisar dan kari daging. Tumis sehingga garing dan terbit minyak.
- Masukkan pula daging yang telah direbus. Masukkan bersama sedikit air rebusan daging. Kemudian masukkan setengah cawan kicap.
- Akhir sekali masukkan air asam jawa dan kerisik. Perasakan dengan gula dan garam. Kacau dan biarkan mereneh sehingga kuah agak kering. Siap untuk dihidang.
Kredit resipi & foto : Ida Zaida
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/