fbpx

Daging Goreng Resipi Arwah Ayah, Kalau Nak Lagi Enak Kena Ikut Cara Ni.

iCookAsia

Resipi yang cukup ringkas namun terserlah keenakannya, cukup membuka selera. Daging goreng resipi arwah bapa yang dikongsikan Hazwani Noh ini mudah sahaja menyediakannya. Namun daging harus direbus terus di dalam kuali sehingga empuk dan terus digoreng bersama bahan-bahannya. Ini supaya rasa manis daging tidak hilang.

 

Bahan :

Daging – hiris

5-6 ulas Bawang putih – tumbuk

1 inci Kunyit hidup – tumbuk

Bawang besar – hiris

Cili

Kacang panjang

Kicap

Sos tiram

 

Cara :

  1. Gaulkan daging dengan bawang putih dan kunyit hidup yang ditumbuk.
  2. Kemudian masukkan ke dalam kuali dan masukkan air. Rebus sehingga empuk.
  3. Masukkan perasa. Dan apabila air sudah tinggal separuh, baru masukkan garam.
  4. Apabila air daging sudah kering, masukkan minyak, bawang besar, cili, kacang panjang. Gaul rata.
  5. Masukkan kicap dan sos tiram.
  6. Petua untuk lebih enak, jangan rebus sehingga air daging kering, biarkan berair sedikit dan baru masukkan minyak.

Kredit resipi & foto : Hazwani Noh

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x