Raya tidak sampai lagi seminggu, jadi kenalah buat persiapan awal. Simpan resipi juadah raya meskipun hanya raya pertama sahaja yang dibenarkan berziarah sesama keluarga.
Daging dendeng kalau dibuat satu hari awal pun tiada masalah kerana lebih lama, lebih terasa umph.
“Percubaan pertama buat daging dendeng..kalau tengok org jual sebekas nauzbillah mahalnya..buat sendiri puas makan.”
Bahan :
½ kg Daging – rebus empuk
5 ulas Bawang merah*
4 ulas Bawang putih*
Halia*
Sebatang Serai&
1 batang Lada hidup*
Cili boh
Kicap utk perap daging (agak-agak) (perap semalaman)
Cara :
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Daging yang telah direbus, diperap dengan kicap paling kurang satu jam. Kemudian ditumbuk supaya leper dan digoreng manja.
3. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga kering, kemudian masukkan cili boh.
4. Apabila dah kering, masukkan daging yang telah digoreng tadi.
5. Masukkan lebihan kicap yang diperap tadi.
6. Perasakan dengan perasa dan garam. Jangan terlalu banyak kerana kicap sudah masin.
7. Masak sehingga betul-betul kering menggunakan api perlahan.
8. Dendeng boleh bertahan berbulan-bulan dalam peti ais.
Sumber : Wani Sulinan