Siapa pernah ke Korea makan menu ini? Mesti sekarang teringat-ingat kan masa makan Daging Bulgogi ini. Kalau dah rindu sangat, jom kita buat sendiri. Tak susah pun.
Terima kasih Kamarul Ariffin Nor Sadan untuk perkongsian resipi Daging Bulgogi ini 🙂
Bahan-bahan:
250g daging
4 ulas bawang putih
2 keping halia
1 pokok daun bawang
1-2 sudu empingan cili (chili flakes)
1 sudu besar pes tomato
1 sudu besar cuka
2-3 sudu besar kicap cair
1 genggam cendawan shiitake
1-2 sudu minyak bijan
2 sudu bijan (disangai)
Garam dan gula secukupnya
Cara memasak:
1. Hiris nipis daging. Rendam cendawan shiitake sehingga kembang dan lembut.
2. Kisar atau cincang bawang putih dan halia hingga lumat untuk dijadikan pes.
3. Tumis bawang putih dan halia tadi.
4. Goreng daging yang sudah dihiris guna api besar.
5. Bila daging dah bertukar warna, masukkan kicap cair. Masukkan chili flakes.
6. Masukkan pes tomato, kemudian diikuti garam dan gula. Kalau nampak terlalu kering boleh masukkan air sedikit.
7. Buang tangkai cendawan yang telah lembut dan hiris halus. Masukkan ke dalam kuali.
8. Potong daun bawang kasar-kasar dan goreng kilas.
9. Masukkan sedikit cuka dan rasa. Kalau tak cukup, boleh tambah lagi.
10. Tabur bijan yang telah disangai. Renjis sedikit minyak bijan.
11.Tabur juga lebihan bijan dan daun bawang untuk hiasan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Kamarul Ariffin Nor Sadan (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos