Cara membuat cucur Bebola Cheese ini sama seperti membuat cucur tepung, cuma memerlukan sedikit tambahan bagi menjadikannya lebih istimewa.
Dan untuk cheese, terpulang kepada ibu-ibu untuk menggunakan cheese jenis apa kerana setiap satu menghasilkan efek yang berbeza. Jika mahu cheese ditarik seperti pizza, gunakan mozarella. Jika tidak, gunakan sahaja keju chedar.
Bahan Yis :
1 paket yis mauripan*
2 sudu besar Susu pekat manis*
2 sudu besar Gula pasir*
2 cawan Air suam*
Bahan Lain :
Kepingan cheese
1 kg Tepung gandum
4 sudu besar Planta
Sedikit garam
Cara :
- Satukan semua bahan yis dan biarkan ia mengembang.
- Dalam bekas lain, campurkan tepung gandum bersama planta dan garam. Gaul sebati sehingga menjadi serbuk.
- Selepas itu masukkan yis tadi dan uli sehingga menjadi doh. Perap selama 15 minit.
- Selepas doh mengembang, bulatkan doh sebesar bola pingpong dan masukkan cheese ke dalam doh tadi dan bulatkan kembali.
- Rehatkan doh yang sudah diuli supaya ia mengembang sekali lagi.
- Panaskan minyak dan goreng doh menggunakan api perlahan.
- Selepas siap digoreng, golekkan bebola dengan gula. Jika tidak suka, nikmati begitu sahaja.
Kredit resipi & foto : Noriza Awang Hamat
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/