Cara membuat sandwich sardin seperti yang dikongsikan Wan LuQman ini agak berbeza namun apa yang pasti, rasanya lebih enak dan padu.
Untuk hidangan sandwich kali ini, inti sardin harus dimasak dahulu dan bahan-bahan yang diadunkan bersama akan menyempurnakan rasa. Bukannya sardin mentah dan mayonis semata-mata.
Selepas ini, campurkan keju cheddar dan telur bersama sewaktu proses memasak inti sambal sardin.
Bahan :
Sardin tin – kecil
Cili kisar
Bawang merah
Bawang putih
1 sk Pati ayam
Gula
Garam
Lada hitam
Kicap
Sekeping Keju cheddar
1 biji Telur
Mayonis
Cara :
- Tumis cili kisar bersama bawang putih dan bawang merah sehingga garing.
- Selepas itu masukkan sardin dalam tin, pati ayam, lada hitam dan sedikit kicap. Perasakan dengan gula dan garam.
- Masukkan sekeping keju cheddar.
- Masukkan sebiji telur supaya lebih kenyang. Jangan kacau telur sampai hancur.
- Selepas siap, biarkan inti sejuk sedikit dan inti jangan terlalu berminyak kerana sandwich akan rosak dan tidak cantik.
- Campurkan mayonis untuk memberikan rasa berlemak.
Kredit resipi & foto : Wan LuQman
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/