Kalau nak makan steamboat, perkara paling penting ialah kena ada sos yang sedap dan merecik. Barulah selera nak makan. Untuk resipi sos steamboat ala Johnny’s, buat dalam kuantiti yang banyak dan simpan sebagai stok. Jadi bila nak bersteamboat atau bbq bersama keluarga dan kawan-kawan, lebih mudah kerja kan?
Terima kasih Muza Muzawati atas perkongsian resipi.
Bahan :
10 biji Cili merah (cili besar)
4 ulas Bawang putih
5 sb Minyak bijan
5 sb Sos ikan
5 sb Cuka epal – cuka biasa pun boleh
2 sb Sos tiram
2 sb Kicap
1 sb Pati sunquick
1/2 sk Tepung jagung
1 cawan Air
Garam dan gula secukup rasa
2 sb bijan – digoreng tanpa minyak
Sedikit daun ketumbar – dihiris halus
Cara :
- Kisar cili merah dengan bawang putih sehingga halus.
- Kemudian masukkan bahan kisar tadi bersama minyak bijan, sos ikan, cuka, sos tiram, kicap dan sunquick ke dalam periuk untuk memasak. Masak sehingga mendidih.
- Masukkan pula bancuhan tepung jagung dengan satu cawan air. Masak sehingga kuah agak pekat dan berkilat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Sebelum tutup api, masukkan sedikit bijan yang telah digoreng tanpa minyak dan hirisan daun ketumbar.
Kredit resipi & foto : Muza Muzawati
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/