Sedap kan kalau dapat makan kek. Kepada peminat kek, anda wajib cuba resepi Carrot Cake ini tau. Senang sahaja cara nak buat dan yang penting sedap. Boleh la buat dessert makan petang hehe. Kalau buat sendiri, lagi seronok. Dapat makan banyak.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Roslaily Roslan perkongsian resipi Carrot Cake ini 🙂
Bahan-bahan:
3 biji telur gred A
1 1/2 cawan gula perang
1/2 cawan minyak masak
2 cawan tepung gandum
1 biji setengah lobak saiz sederhana (diparut)
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
 1 sudu kecil esen vanila
(Guna cawan kopi, bukan cawan sukat untuk buat kek)
Cara membuat:
- Mula-mula, blend kan sahaja telur, gula perang dan minyak masak sampai sebati dan kental.
- Pindahkan dalam mangkuk besar dan masukkan 2 cawan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat. Adunkan dan kaup balik.
- Kemudian, tambah sikit esen vanila.
- Masukkan parutan lobak tadi dan adunkan dengan lemah lembut.
- Akhir sekali, bakar pada suhu 160°c selama 40 minit api atas bawah.
Bahan (Untuk Cream Cheese):
250 g Tatura
Susu pekat (ikut suka nak manis atau tak)
1 sudu besar Butter
Cara membuat:
- Adunkan cream cheese dengan susu pekat dan butter sampai sebati dan kembang.
- Seterusnya, boleh sapukan atas kek. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Roslaily Roslan(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity