Kalau tak tahu nak masak apa untuk makan malam, anda boleh cuba resepi Bihun Singapore ini. Nampak simple tapi rasa nya sangat sedap tau. Sesuai untuk sarapan, lunch ataupun dinner. Buat untuk picnic pun best juga ni.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Arif Eddy perkongsian resipi Bhun Singapore ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A (Untuk Dikisar):
4 biji bawang merah atau 1 biji bawang Holland
5-6 biji bawang putih
2 sudu makan udang kering
Bahan B:
1 bungkus bihun (direndam 20 minit air biasa)
2 inci halia hiris
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Udang atau daging hiris (guna batang pinang sebaiknya)
3 biji telur
Kucai potong dalam 4 cm
Lobak merah atau sawi atau taugeh jika suka
Cara membuat:
- Mula-mula, goreng telur dan ketepikan.
- Seterusnya, goreng udang separa masak dan ketepikan.
- Tambahkan minyak dan tumis bahan blend sehingga perang. Kalau guna daging boleh masuk masa ini.
- Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan gula.
- Masukkan bihun dan kacau rata.
- Masukkan udang dan telur.
- Akhir sekali, masukkan kucai dan sayuran.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Arif Eddy(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity