Ayam masak rose selalunya dihidang semasa kenduri, rasa yang memang sedap memang membuatkan terkenang-kenang rasanya. Kami kongsikan resepi ayam rose ini yang dikongsi dari tukang masak kenduri, pasti sedap!
Jom kita try.
Terima kasih untuk Mariana Abd Majid atas perkongsian resipi Ayam Masak Rose ini 😊
Bahan-bahan:
Ayam
4 sekawan
2 batang serai (diketuk)
2 helai daun pandan (disimpul)
Cili kering (direbus dahulu)*
1 batang lobak merah*
1 biji tomato*
3 biji bawang besar*
5-6 ulas bawang putih*
Halia (dihiris)*
Serbuk kas-kas
Serbuk badam
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Serbuk cili
1/2 tin susu cair
1 camca susu pekat
Puree tomato
Daun bawang
Daun sup
Garam kasar
Gula
Serbuk perasa
Cara memasak:
- Basuh ayam dan gaulkan dengan kunyit dan garam. Goreng separuh masak dan ketepikan.
- Kisar halus bawang besar, bawang putih dan halia. Kemudian kisar cili kering, lobak dan tomato.
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar hiris, 4 sekawan, serai dan daun pandan sehingga layu.
- Masukkan bahan kisar pertama dan tumis sekejap. Masukkan pula bahan kisar kedua, tumis sehingga pecah minyak.
- Satukan serbuk jintan manis, jintan putih, serbuk cili dan serbuk kas-kas menjadi pes. Masukkan ke dalam bahan tumis tadi.
- Tambahkan susu cair, susu pekat, puree tomato dan air. Biarkan mendidih.
- Masukkan ayam, serbuk badam, garam, gula dan perasa. Masak sehingga kepekatan kuah yang diingini dan tutup api.
- Taburkan daun bawang dan daun sup.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!
Kredit resipi dan gambar: Mariana Abd Majid (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity