Jika tiada acuan bahulu, tiada masalah kerana resipi dan adunan yang sama boleh dijadikan versi cupcake mini. Resipi Cupcake Rose perkongsian Nitaharry ini juga cukup mudah untuk disediakan.
Bahan :
1 cawan Telur – dalam 5 biji
1 cawan penuh Tepung gandum
1 sk Baking powder
3/4 cawan Gula halus
1 sb Ovalette
Esen vanila atau esen rose
Cara :
- Mixer telur bersama ovelette, gula dan esen vanila sehingga gebu.
- Selepas itu masukkan tepung gandum dan baking powder. Mixer lagi sehingga gebu.
- Sediakan acuan cupcake dan masukkan adunan tadi. Letakkan separuh sahaja kerana cupcake akan kembang dan naik.
- Bakar pada suhu 160c selama 18 hingga 20 minit atau mengikut ketuhar masing-masing.
- Gunakan warna merah ceri untuk melorek gambar bunga di atasnya.
Kredit resipi & foto : Nitaharry
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/