Rasanya cili api jeruk ini antara side dish wajib kalau makan mee goreng atau char kueteaw kan? Kalau tak ada macam hilang aura, tak berselera. Cara nak membuatnya pun mudah sahaja, bolehlah buat stok di rumah.
Terima kasih Muhammad Azhari atas perkongsian resipi.
Bahan :
Cili api – hiris
3-4 ulas Bawang putih
1 cawan Cuka makan
1 cawan Air panas
1 sb Garam
2 sb Gula
Cara :
- Hiris cili api dan gaulkan dengan semua bahan sehingga sebati. Masukkan ke dalam balang.
- Jika tidak mahu gunakan air panas, rendam dahulu cili dengan air panas, toskan dan baru masukkan cuka, garam dan gula.
Kredit resipi & foto : Muhammad Azhari
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/