Pilihan di tangan kita. Kalau bosan makan nasi, tukar sahaja menu ke tortilla wrap. Sediakan Chicken Tortilla Twister untuk keluarga. Sesuai juga untuk bekal ke tempat kerja, mudah dimakan.
Dan kalau jika sedang berdiet, menu ini wajib ada dalam list.
Bahan :
12 ketul jejari ayam (dipotong dari dada ayam)
minyak masak SAJI untuk menggoreng
1 biji telur (dipukul)
250 ml krimer sejat cair SAJI
125 g tepung
2 ½ garam
¾ sudu teh lada sulah
⅛ sudu teh paprika
⅛ sudu teh serbuk bawang putih
⅛ serbuk baking powder
1 paket frisee lettuce
1 tomato (dihiris)
6 keping tortilla lembut
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
Bahan (pepper mayonis):
½ botol SAJI mayonis
1 sudu teh lada hitam (di blend kasar)
1 sudu teh jus lemon
Cara :
1. Dalam satu mangkuk, satukan mayonis, lada hitam dan jus lemon, kacau sebati.
2. Campurkan tepung, lada sulah, paprika, serbuk bawang putih dan baking powder serta garam.
3. Satukan juga telur yang telah dipukul bersama susu cair dan kacau sebati. Ketepikan.
4. Sadurkan ayam bermula dengan campuran tepung, diikuti campuran telur kemudian kembali semula ke campuran tepung. Ulang langkah ini 2-3 kali sehingga saduran benar-benar tebal.
5. Panaskan minyak pada suhu menggoreng, kemudian goreng saduran ayam hingga kuning keemasan. Ketepikan
6. Sapu tortilla dengan pepper, mayonis diikuti dengan frisee, lettuce, tomato dan bawang.
7. Kemudian letak dua keping jejari ayam yang digoreng tadi dan boleh tambah cili sos mengikut citarasa.
8. Lipatkan tortilla dan sedia untuk dihidang.
Jom dapatkan barangan dapur di – https://shop.icookasia.my/