fbpx

Chicken Meat Roll, Nampak Biasa Tapi Rasa Padu Dan Confirm Kenyang

iCookAsia

Kadang-kadang kita kan tiada selera nak makan nasi, boleh cuba resepi Chicken Meat Roll ni. Cara nak buat sangat senang, kenyang pun kenyang. Nanti bolehla cuba.

Terima kasih Melissa Mullen untuk perkongsian resipi Chicken Meat Roll ini 🙂

Bahan-bahan:

6pcs beancurd sheet

1 biji telur (kuning sahaja)

Inti:

2 mangkuk kecil isi ayam kisar

1sk secukup rasa 

1 batang carrot (size kecil) hiris halus

Sedikit daun bawang (hiris halus)

3 ulas bawang putih (cincang)

1sk serbuk lada

2sb sos tiram

2sb minyak bijan

1sb kicap cair

3sb tepung gandum

1biji telur

Cara memasak:

  1. Untuk inti, masukkan semua bahan & gaul sehingga sebati. Kalau suka rasa masin sedikit boleh tambah secukup rasa lagi.
  2. Letakkan inti tadi di atas beancurd sheet, sapukan setiap sisi menggunakan kuning telur & balut seperti popia.
  3. Bakar pada suhu 160 selama 10 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mellisa Mullen (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x