Keadaan pandemik kini semakin genting dan sukar buat kita, tambahan pula bagi yang baru sahaja kehilangan kerja dan sumber pendapatan. Jadi min kongsikan resipi dan idea Azmiera Azmi untuk menjana pendapatan sementara mendapat peluang pekerjaan yang lain. Dan manalah tahu, resipi ini akan menjadi punca utama pendapatan nanti.
Selamat mencuba.
Bahan tepung ayam :
3 kg Tepung gandum
1 kg Tepung Bestari
Cara :
- Gaulkan tepung bersama dan sebatikan.
- Untuk bekas A, sediakan 1 bekas berisi ayam bersama 1 liter air dan tepung yang diadun tadi dalam dua senduk. Ini merupakan perapan.
- Untuk bekas B, letakkan tepung.
- Caranya, masukkan A ke dalam B dan goreng.
- Sewaktu menggoreng, minyak jangan terlalu panas kerana nanti tidak kembang. Goreng seperti goreng karipap.
- Pemilik resipi menggunakan isi ayam yang dihiris.
Sos Lada Hitam :
RM1 Lada hitam – kisar
2 liter Air
250 gm Kicap mudin
1 tin Susu cair
1/2 tin Susu pekat
5 sb Gula
1 sb Garam
4 sb Planta
Tepung gandum – untuk pekatkan kuah
4 ulas Bawang putih – ketuk
Cara :
- Tumis bawang putih dan selepas itu masukkan lada hitam. Selepas naik bau wangi, masukkan air dan semua bahan yang lain.
- Apabila sudah mendidih, tuang tepung gandum perlahan-lahan mengikut kepekatan yang disukai.
Bahan Coleslow :
1 biji kecil Lobak merah
1 biji Kobis
Mayonis
Cara :
- Hiris halus dan masukkan mayonis. Gaul rata.
Kredit resipi & foto : Azmiera Azmi
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/