Melihatkan gambar pun sudah tahu Cekodok Ikan Bilis ini terlajak sedap. Bahannya pula bukan sekadar bahan asas yang selalu digunakan, sebaliknya diadun dengan pelbagai resipi yang mendapatkan rasa yang cukup enak dan sempurna.
“As salam semua, ni masa kak rose meniaga kat puchong dolu & boleh diketegorikan jualan laku keras. Nah nak share resepi kat sini. Selalu buat 2kg tepong teros. Ni kak rose share utk portion kecil kang share resepi 2kg tepong siapa lak nak makan kan😉😉😉😉😉😉😉 tapi bahan2 tu korang agak2 la ikut citerasa na👄
CEKODOK IKAN BILIS
Bahan :
2 cawan tepong gandom
Daun sup (agak2)
Segengam taugeh (nak letak banyak pon boleh *agak2*) – beli taugeh kering ye
2 ulas bawang besar (hiris halus)
5 batang cili kering (nak pedas boleh tambah)
Semangkuk kecil atau segengam ikan bilis (rendam)
1 sb gula
1 sk garam (ikut citarasa)
1 sk ajinomoto
1 sk soda bikarbonat
1 sb serbuk penaik
1 biji telur
Air
Cara :
(A) Satukan tepung, taugeh, daun sup potong halus, bawang, garam, gula, telur, serbuk penaik, serbuk bikarbonat dalam 1 bekas (gaul kasi rata)
(B) Kisar (cili kering & ikan bilis)
1.Campurkan bahan A & B & air, kemudian gaul sebati *adunan tepong tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat*
2.Rehatkan adunan dalam 5 hingga 10 minit supaya adunan mengembang.
3.Masa menggoreng pastikan minyak letak lebih dan pastikan betul-betul panas untuk mendapatkan hasil bulat dan kacau selalu (aras api dikurangkan semasa proses mengacau)
*Garam jangan terlebih sebab ikan bilis dah masin.
Tips: Untuk pastikan adunan kita cantik, selepas proses mengaul semua bahan, jemputkan sedikit adunan, jika boleh dijemput bermakna adunan itu elok dan hasil akan cantik.
Ok siap!
Selamat mencuba❤ — with Sarimah Abu Bakar at Perlis.
Sumber : Kak rose Darqysha’s apam