Anda tahu tak sebenarnya, taugeh ni kalau dibiarkan lama di luar akan cepat busuk dan layu? Dah jadi tak sedap nak makan. Bukan itu sahaja tau, membazir kalau ada yang suka beli banyak-banyak terus. Taugeh ni pun banyak digunakan dalam masakan dengan rasa nya yang agak crunchy bila digigit. Tapi ada juga yang tak suka makan taugeh ni.
Tapi ada tips untuk mengelakkan daripada taugeh yang dibeli tu cepat busuk dan jadi tak segar. Jom Admin share.Â
Terima kasih Akmal Hamid untuk perkongsian tips untuk Taugeh Kekal Segar ini 🙂
Cara-cara:
- Â Â Â Pertama sekali, pastikan untuk basuh bersih taugeh tu.
- Â Â Â Seterusnya, masukkan taugeh ke dalam balang dan letak air.
- Â Â Â Masukkan asam keping 1 keping sahaja.
- Â Â Â Apabila dah selesai semua cara di atas, letak balang dalam peti ais.
Senang je kan? Taugeh masih segar selepas beberapa hari. Nak makan pun rasa lagi sedap.
Semoga bermanfaat dan anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit tips dan gambar: Akmal Hamid(Facebook)Â
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos