Hidangan Laksam ini memang sangat terkenal di negeri Pantai Timur. Kadang itu, hidangan sarapan pagi tidak lengkap kalau tiada Laksam. Selalu kita dapatkan di gerai tepi jalan sahaja. Jarang sangatlah dibuat sendiri di rumah kan?
Kalau anda rasa buat Laksam itu susah, anda patut cuba masak mengikut perkongsian resipi di bawah ini. Kerana, ianya sangat mudah dan menarik. Menarik sebab apa? Laksam yang dibuat itu berwarna-warni. Pasti dapat menarik minat anak-anak untuk makan. Jom cuba!
Terima kasih Norazah Ab Rajak untuk perkongsian resipi Laksam Terengganu ini 🙂
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
½ sudu kecil garam
1 sudu besar minyak
2 cawan air suam
Cara membuat:
- Bancuh semua bahan.
- Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk warna.
- Panaskan kukusan. Kukus satu persatu di atas tudung periuk sampai timbul gelembung. Tunggu sejuk baru gulungkan.
Bahan untuk Kuah:
*4 ekor anak ikan kembung direbus
*3 ulas bawang merah
*1 ulas bawang putih
*1 sudu kecil lada hitam
2 1/2 cawan santan
1 keping asam keping
Cara penyediaan:
- Tumbuk semua yang bertanda (*)
- Panaskan santan dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Masukkan asam keping.
- Perasakan garam dan gula.
Bahan Ulam:
Timun
Tauge
Kacang panjang
Kobis
Limau nipis/kasturi
Lada lumat
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Norazah Ab Rajak (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/