Chili Oil ini lebih kurang hidangan seperti Sambal Belacan lah. Tapi ini style makanan Cina. Dimakan bersama Mee Tarik, Bihun Sup pun boleh. Buat yang suka hidangan sampingan ini, boleh lah cuba buat sendiri di rumah.
Terima kasih Cahaya Azah untuk perkongsian resipi Chili Oil ini 🙂
Bahan-bahan:
Bawang putih 1 labu
1 paket Chilli flakes
Serbuk cili 2 sudu besar
Udang kering ½ cawan
Minyak masak 1 cawan
Sedikit gula kabung
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
- Bawang putih dicincang halus, tumiskan dalam minyak. Masak sampai garing.
- Masukkan udang kering yang ditumbuk halus hingga naik minyak.
- Masukkan chilli flakes, serbuk chilli, gula dan garam. Masakkan dengan api perlahan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Cahaya Azah (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos