Kerang rebus memang sangat sedap dimakan begitu sahaja ataupun bersama sos cili. Apatah lagi, jika dimasak dengan cara yang lain seperti resipi yang Admin nak kongsikan pada hari ini iaitu Kerang Masak Sos Tiram. Dengar pun dah tau confirm sedap.
Jom kita try.
Terima kasih Nor Azzura untuk perkongsian resipi Kerang Masak Sos Tiram ini 🙂
Bahan-Bahan:
Serai (Dititik)
Bawang besar (Dikisar)
Cili boh
Sos tiram
Sos cili
Kicap manis
Gula
Garam
Daun sup
Cara penyediaan:
- Mula-mula, tumis serai.
- Kemudian, masukkan bawang besar yang sudah dikisar.
- Masukkan cili boh, sos tiram, sos cili, kicap manis, gula dan garam.
- Tunggu sehingga pecah minyak dan sambal garing.
- Seterusnya, masukkan kerang.
- Akhir sekali, boleh hiaskan dengan daun sup.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nor Azzura(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos