Kalau dapat makan Ayam Berempah dengan sambal pun sedap juga kan? Ditambah pula dengan nasi panas. Bukan itu sahaja, nampak warna keemasan ayam itu sahaja pun dah menyelerakan, apatah lagi aroma ayam berempah yang sangat wangi.
Jom kita try.
Terima kasih Iqlima Abu Bakar untuk perkongsian resipi Ayam Berempah ini 🙂
Bahan-Bahan:
 1 ekor ayam (potong 8)
Serai (tumbuk, lagi banyak lagi sedap)
Halia (tumbuk, lagi banyak lagi sedap)
2 sudu rempah kari
1 sudu jintan manis (tumbuk)
1 sudu ketumbar (tumbuk)
1 sudu serbuk kunyit
Daun kari
Garam
Gula
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, perapkan ayam dengan dengan semua bahan di atas dalam 1 jam.
- Selepas itu goreng dalam minyak yang separa panas, jangan terlebih panas nanti serdak akan hangus.
- Kalau nak goreng serdak kemudian pun boleh, lagi senang apabila serdak sudah bertukar warna keemasan.
- Kemudian, boleh angkat dan tapis.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Iqlima Abu Bakar(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos