Masak nasi mesti menggunakan periuk nasi elektrik je kan? Kalau guna peiruk dan masak atas dapur gas tu, mesti lah cara orang-orang dulu dan di kampung. Mungkin tips di bawah ini tidak berguna pada kerana dirumah dah ada periuk elektrik.
Tapi boleh tengok cara ini dan mana tahu berguna bila anda balik kampung nanti? Atau nak buat nasi bila camping di hutan bersama keluarga? Berguna kan tips ini?
Terima kasih Jamilah Ali untuk perkongsian tips ini 🙂
Cara membuat:
- Tips utama, sudah elok sukat air, buka api besar dan tunggu seketika.
- Apabila sudah elok mendidih dan air pun sudah kering, boleh kaup balik.
- Selepas itu, kecilkan api dan tutup periuk dengan penutup.
- Barkan 5 minit atau nampak asap nipis keluar kepul-kepul tepi penutup, boleh dah tutup api.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit tips dan gambar: Jamilah Ali (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos