fbpx

Cara Mudah Buat Pancake Gebu Untuk Sarapan Pagi.

iCookAsia

Terbayang kegebuan dan kelembutan pancake setiap kali disua ke dalam mulut, sedapnya. Pekena pula dengan butter dan madu. Perfecto.

Terima kasih Siti Nor Zainab Taib atas perkongsian resipi.

Bahan :

1 cawan Tepung gandum

1 cawan Susu segar/ susu full cream/ susu cair

1 1/2 sb Gula

1 sk Baking powder

1 sk Esen vanila

1 biji Telur

2 sb Minyak jagung/ mentega yang dicairkan/ minyak masak

 

Cara :

  1. Satukan semua bahan di dalam bekas dan kacau rata sehingga tepung tidak berketul.
  2. Biarkan dalam 10 hingga 15 minit supaya pancake lebih gebu.
  3. Cedukkan sesenduk kecil adunan ke atas kuali non stick pan yang panas dan guna api sederhana. Tidak perlu guna minyak.
  4. Apabila adunan sudah timbul lubang-lubang kecil di atas seperti dalam gambar, balikkan dan tunggu seketika. Kemudian barulah di angkat.
  5. Satu adunan boleh dapat lapan keping pancake. Masa memasak untuk setiap pancake dalam dua minit.

Kredit resipi & foto : Siti Nor Zainab Taib

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

 

 

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x