fbpx

Cara Menarik Untuk Buat French Fries Rangup. Letak Daun Sup, Pasti Lebih Enak!

iCookAsia

Kalau hidangan sampingan French Fries ini, Admin pasti sudah menjadi kebiasaan untuk kita beli yang frozen je kan di pasaraya? Kalau secara homemade pula, kita buat yang kosong sahaja. 

Jom kita buat cara seorang pengguna Facebook ini dengan bahan-bahan yang menarik. Letak dedaun untuk bertambah wangi dan tambah lazat. 

Terima kasih Ida Zaida untuk perkongsian resipi Jejari Kentang Rangup ini 🙂

Bahan-bahan:

3 biji Kentang 

3 sudu besar tepung jagung 

1 sudu besar Tepung beras 

Cili besar sesuai selera

Daun sup dan daun bawang

Lada sulah, lada hitam 

Serbuk perisa secukupnya

Cara membuat:

  1. Kentang di rebus atau kukus.
  2. Setelah itu hancurkan atau lenyekkan. 
  3. Campur dan masukkan semua bahan.
  4. Bentukkan ikut kesukaan dan selepas itu, goreng hingga masak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ida Zaida (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x