fbpx

Cara Membuat Tart Telur Dengan Mudah. Hasilnya Macam Di Kedai Bakery, Sedap Betul…

iCookAsia

Tart Telur atau Egg Tart ini antara menu yang wajib ada di mana-mana kedai Bakery. Dan Admin pasti, ramai sangat yang suka ke bakery untuk dapat kan Tart Telur ini dan lain-lain roti. Betul tak?

Tetapi, kalau anda dah penat untuk berbelanja dan ingin berjimat tapi teringin. Boleh lah cuba sendiri di rumah. Mana tahu lagi sedap dari kedai luar sana? Jom cuba!

Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Tart Telur ini 🙂

Bahan untuk membuat Tart Shell:

1/4 cawan gula halus

1/2 cawan marjerin

1 biji kuning telur

**Putar menggunakan whisk

1  3/4 cawan tepung gandum

1 sudu teh Esen vanila

Bahan untuk membuat Topping:

1/2 cawan air panas

1/4 cawan gula

1 sudu besar susu pekat

1 sudu teh Esen vanila

1/3 cawan susu cair

2 biji telur

1/2 sudu besar tepung kastard

Cara membuat:

  1. Putar gula, marjerin, kuning telur. Masukkan tepung. Uli hingga menjadi doh. Bakar 20 minit pada suhu 150′ api atas bawah.
  2. Campur semua bahan untuk buat topping. Kacau rata. Tuang dalam Tart Shell tadi. Bakar selama 10 -15 minit, pada suhu 150′ api atas bawah.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x