Benda-benda homemade ini biasanya akan menjadi sedap. Sebab apa? Sebab bahan yang digunakan diyakini selamat, sihat dan mengikut citarasa kita sendiri. Boleh ubah rasa ikut lidah kita sendiri.
Seperti seorang pengguna Facebook ini, dimana beliau kongsikan cara membuat Sos Cili Homemade. Sedap sangat boleh dibuat cicah dengan keropok lekor atau cucur ni kan? Jom cuba!
Terima kasih Nurul Nadia untuk perkongsian resipi Sos Cili Homemade ini 🙂
Bahan-bahan:
7 – 8 Cili Kering rebus
Seulas bawang putih
Cara penyediaan:
- Blend kering bahan diatas.
- Masakkan bahan blend tadi sampai layu dan masuk air sikit (agak-agak sahaja).
- Apabila sudah memekat sos, masuk garam sikit dan gula lebih sampai cukup rasa manis-manis dan pedas.
- Seterusnya, perahkan limau kasturi dalam 3-4 biji (tidak pakai cuka). Kemudian, kacau sebati.
- Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau laju-laju untuk tidak bagi ketul-ketul.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nurul Nadia (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/