Ada sesetengah orang yang menganggap sambal belacan ini sebagai pelengkap rasa. Kalau tiada sambal belacan ini, rasa macam tak lengkap hidangan kita. Lebih-lebih yang sangat suka dengan pedas, mesti perlukan sambal belacan untuk dicicah dengan apa-apa.
Haa, yang suka sambal belacan tu, boleh cuba ikut resipi ini. Mesti lagi puas bila buat sendiri kan?
Terima kasih Nadia Nutt untuk perkongsian resipi Sambal Belacan ini 🙂
Bahan-bahan:
Cili padi 15 biji
Cili besar merah 2 biji (potong Kecil)
Sedikit belacan (saya guna belacan kepal Melaka)
Asam Jawa 3 sudu makanÂ
Cara membuat:
- Bersihkan lesung batu, alaskan dengan kain.
- Masukkan semua bahan-bahan kecuali air asam jawa. Tumbuk bahan-bahan hingga agak-agak nak lumat. Tetapi jangan lumat sangat.
- Masukkan air asam jawa dan gaul sebati.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nadia Nutt (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/