fbpx

Cara Membuat Roti Panjang Dengan Mudah. Boleh Letak Inti Ikut Suka, Atau Guna Buat Roti John.

iCookAsia

Bila tengok Roti Panjang kosong ni, Admin terus teringat pada hidangan popular pada bulan Ramadan iaitu Roti John. Haa, biasa kalau nak buat hidangan ni Roti tu beli di pasaran kan? 

Apa kata kali ini, anda cuba ikut resepi daripada seorang pengguna Instagram ini dan cuba buat di rumah. Resepi ni pun boleh digunakan untuk buat Roti Manis biasa atau anda nak letak inti pelbagai rasa pun boleh. Ikut citarasa masing-masing. 

Terima kasih umikitchen88 untuk perkongsian resipi Roti Panjang ini 🙂

Bahan-bahan:

1 biji telur

50 gm gula

115 gm air sejuk

250 gm tepung roti

1 sudu besar susu tepung

1 sudu kecil yis

50 gm marjerin

Cara membuat:

  1. Satukan kesemua bahan sehingga menjadi doh. Uli selama 45 minit (butang knead) sehingga tidak melekat pada tangan atau licin. 
  2. Bahagikan pada doh kecil atau doh seberat 50 gm. Bulatkan dan  kemudian rehatkan selama 10 minit. 
  3. Selepas itu, boleh canaikan/gelekkan dan gulung doh hingga kemas. 
  4. Biarkan kembang dan boleh bakar pada suhu oven api atas dan bawah selama 20 minit atau sehingga masak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: umikitchen88 (Instagram)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x