fbpx

Cara Membuat Roti Jala Warna Wani, Yang Cantik Dan Lembut Bersama Kari Ayam.

iCookAsia

Cantik sungguh roti jala ini, dimakan bersama kari ayam. Cantik sangat pun sayang pula nak makan. Saudari ini sudi kongsikan cara buat roti jala dengan kari ayam.

Terima kasih Raja Amanina untuk perkongsian resipi Roti Jala bersama Kari Ayam ini 🙂

Resepi Roti Jala

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum

1 biji telur

½ cawan susu cair

2 ½ cawan air

1 sk gula

secubit garam

2 sudu besar minyak masak

Pewarna

Cara memasak:

  1. Gaul sebati atau blend semua bahan dan tapis.
  2. Untuk jala yang pertama sapukan kuali dengan sedikit minyak.

Resepi Kari Ayam

Bahan-bahan:

1 ekor ayam

8 biji bawang merah

4 ulas bawang putih

3 inci halia

2 tangkai daun kari

2 paket kecil serbuk kari adabi

2 sudu makan cili giling@cili kisar

3 sekawan

2 keping asam keping

Santan

Gula garam secukup rasa

Kentang secukupnya

Cara memasak:

  1. Kisar atau blend bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daun kari dan 3 sekawan hingga wangi.
  3. Masukkan cili giling, rempah kari yang di bancuh dengan sedikit air dan tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam dan asam keping, bila dah separuh masak masukkan kentang dan santan.
  5. Perasakan dengan gula dan garam.
  6. Renehkan hingga kuah sedikit pekat dan pecah minyak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Raja Amanina (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x