Buat para ibu, sudah menjadi rutin harian untuk sediakan makanan petang buat keluarga. Hidangan yang hendak dihidang pun sudah semestisnya akan buat kegemaran mereka, betul tak? Disini, seorang pengguna Facebook kongsikan hidangan minum petang buat anak-anak beliau. Makanan yang kecil dan berbentuk jejari. Senang untuk di makan!
Terima kasih Norhayati Hashim untuk perkongsian resipi Jejari Roti ini 🙂
Bahan-bahan:
Roti gardenia
Tepung Bestari (asli)
**nak guna yang spicy atau blackpepper pun boleh, mengikut citarasa anda.
Roti (dipotong bentuk jejari)
Cara membuat:
1. Buat bancuhan tepung basah dan kering dengan menggunakan tepung yang sama iaitu tepung Bestari. Kemudian asing kan.
**Istimewanya tepung Bestari ini, anda tak perlu tambah telur atau mana-mana perisa sebab tepung ini sudah cukup rasanya!
2. Masukkan roti dalam tepung basah dan salut hingga sebati.
3. Kemudian, letakkan pula pada tepung kering. Gaul hingga rata, biar rata hingga ke permukaan.
4. Akhir sekali, goreng sehingga menjadi warna kuning keemasan atau ‘brown’ sedikit. Angkat dan tos minyak pada tisu dapur.
Siap! Boleh dimakan dengan sos pilihan masing-masing.
Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Norhayati Hashim (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/