Laksa Utara? Laksa Penang? Laksa Johor? Mana satu ni?
Baru-baru ini telah viral hidangan Laksa ini. Ramai yang cuba untuk mengklarifikasikan Laksa apa yang mereka tahu. Jangan bimbang, jangan bergaduh. Kita masak sahaja Laksa Penang ini. Yang paling best, resepi daripada seorang pengguna Facebook ini dibuat menggunakan Pressure Cooker. Lagi cepat, dan senang!
Terima kasih Noraini Noor Mohamed untuk perkongsian resipi Laksa Penang ini 🙂
Bahan-bahan:
1 kg Ikan tamban/Sardin/Selayang
1 1/2 labu Bawang merah (dikisar)
5 sudu besar cili kisar/cili boh
Sedikit belacan
7 keping asam keping
Garam secukup rasa
Laksa
Cara membuat:
- Siang ikan, buang kepala, ekor gunting. Masukkan ikan, air paras ikan dan 2 keping asam keping dalam Pressure Cooker.
**Mode steam – Keep Pressure Time (25 minit) – Seal – Tutup Lid.
- Selepas 25 minit, ikan dan tulang jadi lembut macam dalam tin sardin tu. Kisar ikan dan sedikit belacan.
- Tumis tanpa minyak bawang merah, cili kisar sampai agak-agak masak dan kering.
- Masukkan ikan dan belacan yang dikisar. Letakkan 5 keping asam keping. Kalau kurang masam boleh tambah lagi.
- Didihkan sehingga semua rasa mesra di dalam periuk. Perasakan dengan garam.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Noraini Noor Mohamed (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos