Hidangan Buko Pandan ini menjadi semakin popular pada tahun ini. Hidangan pemanis mulut dari Filipina ni sebenarnya tidaklah susah nak buat. Senang je, sediakan hidangan sagu dan agar-agar. Kemudian, dimakan susu segar atau susu cair.
Kalau anda tak pernah buat dan rasa hidangan ini, inilah masanya!
Terima kasih Norfazida Gda untuk perkongsian resipi Buko Pandan ini 🙂
Bahan-bahan:
5gm agar-agar serbuk
2 cawan air/air kelapa muda
1/4 cawan gula
Sedikit pewarna hijau
Sedikit emulco pandan
1/4 cawan sagu
1 mangkuk besar air
2 cawan susu segar/susu cair
2-4 sudu besar susu pekat (ikut citarasa)
Ais batu
Isi kelapa muda
Cara membuat:
- Masak agar-agar bersama 2 cawan air, gula, pewarna hijau dan emulco pandan hingga mendidih. Jika nak tambah daun pandan pun boleh. Tuangkan ke dalam bekas. Biarkan sejuk dan membeku.
- Masak 1 mangkuk air hingga mendidih. Masukkan sagu dan sedikit pewarna hijau. Masak sagu sehingga jernih. Tapis dan buang air sagu. Lalu dan bilas sagu untuk membuang lebihan kanji.
- Potong agar-agar yang telah beku ke bentu cube kecil. Isi kelapa dihiris nipis.
- Satukan ais batu, susu segar/ susu cair dan susu pekat ke dalam bekas besar. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan pula agar-agar, sagu dan kelapa muda. Sedia untuk dinikmati.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Norfazida Gda (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos