fbpx

Cara Membuat Cincau Homemade, Tanpa Pewarna Tiruan. Rasa Original, Siap Boleh Kalahkan Cincau Di Kedai.

iCookAsia

Apa-apa hidangan yang menggunakan Cincau kebiasaannya kita akan dapatkan sahaja di pasaraya yang readymade kan? Hanya pergi dipotong atau disagat sahaja. Tetapi, berbeza dengan seorang pengguna Instagram ini dimana beliau membuat Cincau sendiri. 

Betul-betul authentic ni! Warnanya pula, berlainan di pasaran yang berwarna hitam. Kalau homemade, ia berwarna hijau kehitaman. Boleh agak dah rasanya mesti lagi sedap dan yang penting, selamat untuk dimakan. 

Terima kasih makcikmanggis untuk perkongsian resipi Cincau Hitam ini 🙂

Bahan-bahan:

10gm daun cincau KERING

3gm soda bikarbonat (disangai seketika)

10gm tepung jagung

1000ml @ 1 liter air biasa

Cara membuat:

  1. Rendam daun cincau semalaman bersama soda bikarbonat dan 400ml air.
  2. Rebus rendaman sampai hancur (mendidih).
  3. Tapis air rebusan dan ambil airnya.
  4. Masukkan semula hampas cincau ke dalam periuk rebusan dan campur kembali 550ml air. Kacau semula seperti proses ke-2 dan tapis semula airnya.
  5. Bancuh tepung jagung dengan 50 ml air.
  6. Kesemua pati air rebusan cincau yang telah ditapis dimasukkan semula ke dalam periuk dan dimasak bersama dengan bancuhan air tepung jagung. (api sederhana).
  7. Kacau tanpa henti sehingga mendidih. Tuangkan kedalam bekas dan tunggu sejuk.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: makcikmanggis (Instagram), norazmihah (Instagram)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x