fbpx

Cara Membuat Ayam Masak Rempah. Lagi Pekat Kuahnya, Lagi Sedap.

iCookAsia

Masakan Ayam Masak Rempah ini memang bahan utama yang digunakan ada berasaskan Rempah. Sama ada rempah Ayam atau Daging. Ikut suka anda. 

Seperti pengguna Facebook ini, beliau menggunakan rempah ayam dan masakannya pun berasaskan Ayam. Nampak gambar pun boleh tahu sedap kan? Makan dengan nasi putih panas-panas memang puas betul. 

Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Ayam Masak Rempah ini 🙂

Bahan-bahan:

Ayam (digaul garam kunyit dan goreng separuh masak. Ketepikan)

1 sudu besar pes cili kering yang dikisar 

1 biji bawang besar*

2 ulas bawang putih*

1 cm halia (diketuk)

1 sudu besar rempah kari ayam/ daging*

Garam secukup rasa

1/2 sudu besar gula

sedikit air

1 tangkai daun kari

Cara memasak:

  1. Blend bahan-bahan bertanda (*)
  2. Guna sedikit lebihan minyak goreng ayam. Kemudian tumis bahan-bahan blend dan halia dan daun kari.
  3. Biarkan mendidih dan pecah minyak. 
  4. Masukkan ayam dan sedikit air. Buatkan ayam masak sepenuhnya dan kuah pekat sedikit.
  5. Masukkan garam dan gula. Kemudian tutup api. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x