fbpx

Cara Membuat Aiskrim Durian Homemade.

iCookAsia

Memandangkan kita masih lagi di musim durian, admin nak share Resepi Aiskrim Durian Homemade yang sangat mudah ni. Kalau tengah panas-panas ni memang melegakan sangat kan. 

Terima kasih Nor Ashikin untuk perkongsian resipi Aiskrim Durian ini 🙂

Bahan-bahan:

1 tin susu cair

½ tin susu pekat (boleh kurangkan kalau tak suka manis)

2 sb Ovalette

2 sk pewarna kuning

½ cawan isi durian

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam mixer.
  2. Pukul sampai gebu pada kelajuan maximum.
  3. Masukkan ke dalam bekas, dan simpan dalam freezer sehingga beku.
  4. Sudah beku boleh keluarkan dan masukkan dalam kon.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nor Ashikin (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x