Kebiasaannya, masyarakat di kalangan kita akan dapatkan minuman berais sebagai penyejuk tekak. Tetapi, jangan risau. Kalau dah nama nya teringin dan sedap, bila bila sahaja boleh buat. Seperti perkongsian resipi kali ini, nampak gambar pun dah tahu sedap. Siapa je tidak terliur kan? Lebih-lebih lagi dijadikan sebagai pencuci mulut.
Terima kasih Mia Zareef Afiq untuk perkongsian resipi Air Cincau Gula Perang ini 🙂
Bahan-bahan:
500ml susu fresh
2 tin Krimer Sejat Cair
1 tin Krimer Manis Pekat
1/2 cawan gula perang (untuk dibuat air gula)
2 blok cincau (diparut)
1 sudu garam
Ais secukupnya
Cara:
- Mula-mula cincau diparut.
- Masukkan semua bahan kedalam mangkuk dan kacau sebati.
- Masukkan ais. Kacau dan hidangkan.
Siap! Mudah kan? Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Mia Zareef Afiq (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/