Buat para ibu, Admin pasti mesti ada daripada salah seorang anak kita yang tidak gemar untuk makan masakan pedas kan? Jadi ibu-ibu jadi runsing untuk fikir masakan apa lagi untuk dibuat atau dimasak untuk mereka.
Jom Admin kongsikan resepi Nasi Goreng Cina yang sedap dan confirm tak pedas. Jadi mereka pun boleh makan dengan tenang.
Terima kasih Har Ryea untuk perkongsian resipi Nasi Goreng Cina ini 🙂
Bahan-bahan:
Nasi
Bawang Putih – 5 ulas besar (ketuk-ketuk dengan anak lesung dan kemudian dicincang halus)
2-3 sudu besar Serbuk Maggi Cukup Rasa
1-2 sudu besar Minyak Bijan
Udang Hidup
4-5 biji Telur
1 mangkuk Sayur campur
(Bahan-bahan di atas bergantung pada berapa banyak nasi yang digunakan. Kalau banyak nasi nya, tambah juga bahan-bahan yang lain)
Cara memasak:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sampai naik bau dan garing sikit.
2. Masukkan udang, biarkan masak sekejap.
3. Ketepikan udang, masukkan telur dan kecilkan api sikit untuk telur masak elok. Kemudian pecahkan telur.
4. Masukkan nasi dan sayur campur. Gaul rata.
5. Selepas itu, taburkan Maggi Cukup Rasa. Kacau seketika.
6. Masukkan Minyak Bijian dan kacau lagi.
*Boleh rasa jika nak tambah lagi serbuk maggi cukup rasa atau minyak bijan. Perasakan ikut citarasa anda.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Har Ryea (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos