fbpx

Cara Masak Nasi Goreng Cina, Simple Tapi Rasa Confirm Sedap!

iCookAsia

Pagi-pagi dapat makan Nasi Goreng Cina sedap juga ni. Nak sediakan bahan pun mudah je, jimat masa and paling penting, puas hati makan. Buat untuk makan malam lagi best, tak perlu susah-susah dah fikir nak makan apa lepas ni.

Jom try.

Terima kasih Anez Awanis untuk perkongsian resipi Nasi Goreng Cina ini 🙂

Bahan- bahan:
Nasi semangkuk
Perencah nasi goreng cina Seri Aji
100 g ayam
200 g sayur campur
2 biji telur
3 ulas bawang putih (Ditumbuk)
1 sudu kecil sos bijan
Daun sup, bawang goreng dan lada merah untuk hiasan

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan minyak dan goreng telur hancur, ketepikan.
  2. Tambah sedikit minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan ayam, masak sampai empuk kemudian masukkan sayur campur .
  4. Masukkan nasi dan telur hancur tadi, gaul semua hingga sebati.
  5. Masukkan perencah nasi goreng cina Seri Aji. Gaul sebati.
  6. Masukkan sos bijan. Kacau sekejap dan tutup api.
  7. Akhir sekali, hiaskan dengan daun sup, bawang goreng dan lada merah.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Anez Awanis(Facebook)

Boleh masak guna ni, memang berkualiti. Meh tengok sini: https://shope.ee/6fHBbpbOWv 

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x