Resipi Nasi Ayam ala KFC yang sedang viral ini memang cukup sesuai untuk hidangan anak-anak. Malah tidak perlu sediakan sup sebagai pelengkap kerana menu ini sudah cukup sempurna.
Jom cuba resipi perkongsian Sue Larins.
Bahan :
3 cawan Beras
3 cawan Air
3 sk Kicap Masin
1/2 kiub Pati ayam
1 sk Oregano
1 sk serbuk Black pepper
3 ketul Ayam KFC – spicy lebih sedap
Cara :
- Basuh beras terlebih dahulu sehingga bersih. Toskan airnya.
- Masukkan beras ke dalam periuk nasi dan letakkan air.
- Kemudian campurkan kicap, kiub pati ayam, oregano dan black pepper ke dalam periuk nasi. Gaulkan sebati bahan tadi.
- Akhir sekali masukkan ayam goreng KFC (spicy lebih sedap) ke dalam periuk nasi.
- Masak nasi seperti biasa menggunakan rice cooker.
- Hancurkan ayam tadi bersama nasi yang telah masak.
- Sedia untuk dimakan.
Kredit resipi & foto : Sue Larins
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/