fbpx

Cara Manis Berintikan Gula Merah. Makan Sejuk-Sejuk Pun Masih Sedap!

iCookAsia

Kuih Cara Manis ini antara kuih tradisional yang disukai ramai. Disebabkan rasa kuih itu sendiri yang manis dan juga intinya cair dimulut, memang sedap dinikmati lebih-lebih pada waktu petang. 

Nak buat kuih cara ini, kena ada loyang nya sendiri. Ha, boleh lah cari dirumah. Mana tahu ada loyang acuannya tu. Boleh ikut resipi dibawah dan cuba buat ya!

Terima kasih Siti Hadirah untuk perkongsian resipi Cara Manis Inti Gula Merah ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

1 cawan santan

1 cawan air daun pandan

1 biji telur

pewarna hijau

secubit garam

Caranya:

  1. Blender sehingga sebati.
  2. Tuang ke dalam bekas.

Bahan lain:

Gula merah (inti kat dalam)

Minyak (sapu di acuan)

Caranya:

  1. Panaskan acuan dan sapu sedikit minyak.
  2. Tuang adunan dan biarkan sebentar kemudian baru masukkan gula merah.
  3. Tutup dan tunggu sehingga masak.
  4. Angkat dan boleh la cari pasangan untuk dia.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Hadirah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x