fbpx

Cara Hidangan Lengkap Nasi Minyak Bersama Ayam Masak Merah, Udang Masak Diraja & Acar Timun.

iCookAsia

Kalau pergi ke majlis kenduri, memang tak sah kalau tak ada hidangan Nasi Minyak dan lauk Ayam Masak Merah. Betul tak? 

Tapi sekarang ni, nak buat kenduri pun tak boleh kerana musim pandemik ini. Jadi, jom kita buat sendiri di rumah. Boleh lah terubat sikit rindu nak pergi majlis kenduri tu kan. 

Terima kasih Hidayati Hana untuk perkongsian resipi Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Udang Masak Diraja & Acar Timun ini 🙂

Bahan untuk Nasi Minyak:

3 cawan beras basmathi 

1 biji bawang besar 

5 ulas bawang putih 

1 inci halia 

Rempah 3 sekawan – kulit kayu manis, 1 biji bunga lawang, 2 biji pelaga 

2 sudu besar mentega/ minyak masak

1 kiub pati ayam 

1/2 cawan susu cair 

2 helai daun pandan 

Pewarna kuning jika suka 

Hiasan – bawang Goreng dan kismis

Caranya:

  1. Beras direndam dulu lebih kurang 30 minit dan toskan airnya.
  2. Panaskan mentega, tumis bawang dan halia yang telah di kisar.
  3. Masukkan 3 sekawan dan daun pandan.
  4. Apabila  sudah garing, masukkan susu cair, air, kiub pati ayam dan garam.
  5. Tuangkan dalam periuk nasi. Biarkan nasi masak seperti biasa.
  6. Bila sudah kering, celupkan pewarna kuning menggunakan lidi ke nasi. Biarkan nasi masak, kacau guna garfu.
  7. Taburkan bawang goreng dan kismis. 

Bahan untuk Ayam Masak Merah:

1/2 ekor ayam 

Cili kering kisar secukupnya

1-2 biji bawang besar*

4 ulas bawang putih*

1 inci halia*

4 ulas bawang merah (dihiris halus)

Rempah 3 sekawan (kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang)

1 helai daun pandan

2 sudu besar sos cili

1 sudu besar sos tiram 

1 cawan air

Garam dan gula secukupnya 

Cara memasak:

  1. Ayam digaul dengan serbuk kunyit, garam dan goreng hingga masak. 
  2. Guna minyak goreng ayam tadi, goreng bawang merah yang sudah dihiris tadi dan angkat ketepikan. 
  3. Tumiskan bahan kisar dan rempah 3 sekawan. Apabila dah naik bau, masukkan cili kisar dan daun pandan.
  4. Tumis hingga cili garing dan masukkan sos cili dan sos tiram.
  5. Kemudian, masukkan air. Perasakan dengan garam dan gula. 
  6. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam dan biarkan seketika. 
  7. Taburkan bawang merah yang telah goreng tadi dan tutup api. 

Bahan untuk Udang Masak Diraja:

20-25 ekor udang

2 biji bawang besar *

4 ulas bawang putih *

Sedikit halia *

Sedikit kunyit hidup *

5 biji cili api  *

2 batang serai

5 helai daun limau purut

1 helai daun kunyit dihiris halus 

4 sudu besar cili kisar 

1 cawan santan pekat 

1 keping asam keping

Gula 

Garam 

Cara membuat:

  1. Panaskan minyak tumis bahan kisar yang bertanda (*).
  2. Kemudian, masukkan serai. Apabila sudah garing, masukkan cili dan tumis hingga naik minyak. 
  3. Masukkan santan dan asam keping. 
  4. Masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Apabila sudah menggelegak, masukkan udang.  

*Udang dimasuk akhir sebab tak nak bagi udang terlebih masak dan liat.

  1. Seterusnya, masukkan garam dan gula secukup rasa. 
  2. Agak-agak udang sudah masak, boleh tutup api. 

Bahan untuk Acar Timun Carrot:

1 biji timun 

1 biji carrot

1-2 biji cili merah

2 biji bawang merah

Sedikit cuka makan

Garam dan gula 

Caranya:

  1. Potong dan hiris ikut suka.
  2. Gaulkan semua bahan.
  3. Masukkan cuka, garam dan sedikit gula. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Hidayati Hana (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x