Resepi cucur manis rangup di luar, lembut di dalam. Boleh cuba untuk minum petang atau sarapan. Sedap dicicah atau dimakan begitu sahaja.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Reha Rahma atas perkongsian resipi Cucur Lemak Manis ini
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
5 sudu gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 cawan air panas
Cara-cara:
1. Gaul sebati semua bahan menggunakan senduk.
2. Apabila adunan dah suam, basahkan tangan dan dan bulat-bulatkan adunan.
3. Panaskan minyak, goreng cucur dalam api sederhana.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!
Kredit resipi dan gambar: Reha Rahma (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity