Mesti ramai suka makan tomyam kan? Ia antara hidangan yang paling simple dan sekejap sahaja untuk dibuat. Bukan itu sahaja, resepi tomyam ini juga sedap dan tomyam juga terdapat banyak jenis seperti Tomyam Putih, Tomyam Ayam dan banyak lagi. Memang puas hati dapat makan. Digandingkan pula dengan Kailan Ikan Masin.
Jom try.
Terima kasih Fatimah Saari untuk perkongsian resipi Tomyam ini 🙂
Bahan- bahan:
Bahan A:
3 batang serai (titik)
1 inci lengkuas (titik)
1 inci halia (hiris nipis)
8-10 biji cili padi
Akar ketumbar
3 sudu besar pes tomyam thai
Dua biji limau (perah dan ambil air sahaja)
4 cawan air
Ayam potong kecil-kecil
Bahan B:
Cendawan
Carrot
Bunga kubis
Broccoli
Tomato
Bawang potong dadu
Daun limau purut
Daun ketumbar
Garam
Cara membuat:
- Mula-mula, masak air sampai mendidih.
- Masukkan serai, halia, lengkuas, pes tomyam dan akar ketumbar serta kacau sebati.
- Kemudian, biarkan ia selama 2 minit dan seterusnya masukkan ayam dan tutup periuk. Biarkan ayam empuk sedikit dalam 6 hingga 8 minit.
- Buka penutup dan masukkan bahan B serta tambah air kalau tidak cukup bersama air limau, garam.
- Akhir sekali, tunggu sampai sayur lembut sedikit dan sudah boleh tutup api. Sedia untuk dihirup.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Fatimah Saari(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity