Admin pasti ramai diantara kita kalau nak makan Telur Masin atau menggunakan ia dalam hidangan masakan, pasti beli je yang dah siap di luar kan? Hanya tinggal untuk direbus sahaja. Tapi pernah tak terfikir untuk buat sendiri di rumah?
Bila beli di luar, kita kena ambil berat bahan apa dan cara bagaimana dibuat. Tapi bila buat sendiri ni, lebih selamat. Rugi tau tak cuba ni. Jom!
Terima kasih Elisah Alisya untuk perkongsian resipi Telur Masin ini 🙂
Bahan-bahan:
Telur Itik 60 biji
Garam kasar 1kg
3 liter air
Cili kering secukupnya
Cara penyediaan:
- Masakkan garam bersama air sehingga mendidih. Kemudian, sejukkan air garam.
- Selepas itu, cuci telur susun dalam bekas.
- Masukkan air garam
- Letakkan beberapa tangkai cili kering.
*Tak letak pun tak apa. Ini hanya petua untuk jadikan kuning itu cantik.
- Simpan DItempat gelap dan selepas 14 hari dah boleh makan.
*jangan lupa rebus dahulu sebelum nak makan ya.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Elisah Alisya (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos