Siapa yang pernah berkunjung ke Thailand pasti maklum akan kelazatan buah-buahan bersama colek kicap dan colek asam kan? Bak kata orang, setiap hari mesti pekena sekali, memang puas hati. Cukup berbeza dengan yang terdapat di sini kerana rata-rata peniaga lebih senang menggandingkan serbuk asam dengan buah-buahan yang dijual.
Sebenarnya cara nak membuatnya cukup mudah, tidak percaya? Cuba ikut resipi Liana Ana ni.
Bahan :
10-12 tangkai Cili kering – sangai
Udang kering – sangai
Belacan – sangai
Gula
Cara :
- Cili kering, udang kering dan belacan disangai terlebih dahulu, kemudian dikisar menggunakan blender kering.
- Selepas itu gaul bahan yang dikisar tadi dengan gula pasir. Boleh menggunakan gula melaka atau gula perang.
- Jika suka, campurkan sedikit serbuk asam boi.
- Sedia dimakan bersama mangga muda dan kedondong.
Kredit resipi & foto : Liana Ana
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/