fbpx

Cara Buat Sambal Tahun Versi Masakan Orang Jawa Yang Terkenal Dengan Kepedasannya

iCookAsia

Pernah dengar tak mengenai Sambal Tahun? Hari ini Admin nak share dengan anda semua satu masakan dari orang Jawa yang sangat terkenal dengan tahap kepedasannya dan yang penting, sedap. Bagi sesiapa yang suka pedas, boleh cuba resipi ini.

Jom kita try.

Terima kasih Qaseh Aafiyah untuk perkongsian resipi Sambal Tahun ini 🙂

Bahan-Bahan:

1 kg cili api

2 kg kerang (Direbus dan dikopek)

Ikan bilis (Nak letak banyak mana pun boleh)

4 ulas bawang merah besar (dimayang)

6 ulas bawang putih

1 inci lengkuas

Cara penyediaan:

  1. Rebus cili dan dibuang tangkainya atau buang tangkai seterusnya nak rebus pun boleh. Lengkuas pun direbus juga.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, lengkuas, ikan bilis dan cili api.
  3. Masukan santan dan pastikan ianya rasa sebati semua dan masukkan kerang.
  4. Masukkan garam dan serbuk perasa jika perlu.

Dah boleh makan dengan nasi panas. Sangat sedap tau. Keesokan harinya, panaskan lagi sambal ini, kalau kurang santan, masukkan santan dan tambah lagi kerang jikalau mahu.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Qaseh Aafiyah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x