Untuk peminat Sambal Belacan di luar sana wajib cuba resepi yang sangat mudah dan terlajak sedap ini. Lagi perfect kalau dimakan dengan nasi panas dan ikan goreng. Bertambah makan ada hidangan ini. Sekejap sahaja dah siap resepi Sambal Belacan Siam ini.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Rozmaliza Omar perkongsian resipi Sambal Belacan Siam ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
1 labu bawang putih
1 labu bawang besar holland
1 inci belacan
Bahan B:
1 mangkuk cili padi merah
1/2 mangkuk cili padi hijau
1/2 cawan air asam jawa
5- 6 sudu besar cuka makan
Garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
Cara membuat:
- Mula-mula, bakar bahan-bahan A.
- Kemudian, kisarkan kesemua bahan-bahan yang dibakar bersama dengan cuka dan air asam jawa. Tuangkan ke dalam mangkuk besar.
- Masukkan pula gula, garam dan ajinomoto. Kacau rata dan sehingga nampak berkilat.
- Akhir sekali, jika sudah siap, boleh hidangkan dengan ikan rebus yang digoreng beserta ulam-ulaman.
Sedap juga kalau dicicah degan terung bakar dan ulam-ulam yang dicelur.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Rozmaliza Omar(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity