fbpx

Cara Buat Pepudak Atau Tepung Torak Paling Senang.

iCookAsia

Kuih pepudak atau tepung torak ini merupakan kuih tradisi popular kaum Banjar. Kuih ini cukup enak dengan rasa lemak manis dan sesuai dibuat minum petang.

Ikuti perkongsian resipi daripada Are-da Tulip ini.

 

Bahan :

Sekampit tepung beras

2 biji Kelapa – ambil santannya

2 cawan Gula – boleh kurangkan ikut kesesuaian masing-masing

Secubit garam – untuk rasa lemak

10 helai daun pandan – kisar dengan semangkuk air bekas aiskrim

 

Cara :

  1. Masak santan yang dicampur dengan perahan air daun pandan, gula dan garam. Apabila mendidih, tutup api. Biarkan suam sebentar dalam 30 minit.
  2. Selepas itu, bancuh dengan tepung beras sedikit demi sedikit sehingga habis.
  3. Masukkan adunan dalam jag dan tuangkan ke dalam corong daun pisang yang sudah digulung.
  4. Akhir sekali, masukkan ke dalam air rebusan dan biarkan sehingga masak.

Kredit resipi & foto : Are-da Tulip

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x