fbpx

Cara Buat Mee Kari Nyonya paling ngam, padu dan sedap! Meh cuba buat 🍜

iCookAsia

Buat resepi Mee Kari memang tak pernah mengecewakan. Dengan kuah yang pekat, fuh memang lagi sedap rasanya. Apatah lagi, mee kari nyonya, lagi nikmat rasanya.

Bahan-bahan

500 gm mee kuning – dicelur
4 sudu besar serbuk kari ayam
1 Β½ sudu besar cili boh
Β½ biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 keping asam keping
sedikit daun kari
1/2 paket bebola ikan
Β½ cawan kerang yang telah di celur dengan air panas
2 cawan santan
1 cawan air
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/4 ekor ayam di potong kecil
8 biji tauhu lembut
garam secukupnya

Bahan utk hiasan pula

5 batang sawi, di celur
Β½ cawan taugeh, dicelur
1 biji telur rebus – dipotong bulat
2 sudu besar bawang goreng

Cara-cara

1. Mula-mula, masukkan bawang besar dan bawang putih dengan sedikit air ke dalam mesin pengisar. Kisar kasar.

2. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan kulit kayu manis bersama bunga lawang dan daun kari sehingga naik bau.

3. Kemudian, masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar tadi,didihkan sebentar. Masukkan cili boh dan tumis sehingga garing atau sehingga pecah minyak.

4. Selepas itu, masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau rata. Masukkan pula ayam, santan, bebola ikan, asam keping, air, separuh kerang, garam dan tauhu lembut. Didihkan sehingga menggelegak sambil dikacau selalu.

5. Hidangkan mee kuning bersama kuah kari, kerang, bawang goreng, telur, taugeh, dan sawi.

6. Mee kari nyonya sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

—————
Let’s connect:
For media, advertising, digital services, partnership and collaboration enquiries please contact: hello@icookasia.my or whatsapp +6010-4418825 (Qila)

Visit Us: https://icookasia.my
Follow & subscribe:
TikTok: https://www.tiktok.com/@icookasia
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/

Shop with us: https://icookasia.shop/

Checkout our services: https://icookasia.digital/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x